Tuesday 7 May 2013

Orang sentiasa berkata tentang kita?! Bersabarlah :)

KISAH LUQMAN AL-HAKIM DENGAN TELATAH MANUSIA
Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, ''Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki."

Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di passar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu."

Sebaik saja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu."

Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai."

Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihatai anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya,

"Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."

Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya,

"Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."

Di dunia, manusia tidak akan pernah penat untuk berkata tentang kita. Tapi bersabarlah kerana Allah s.w.t :)

"Assalamualaikum".

Friday 1 March 2013

Hi assalamualaikum March ;-)

You! Yes You! Hmm what? Kape lama dok update blog? Hmm dengan selamba 'malas'. Hahaha dulu janji kemain manis nak update blog selalu lah apa lah, manusia kann, memang selalu lupa. *cakap depan cermin* Hahaha

By the way, assalamualaikum wbt for all muslims. Lama dah dyla tak membebel kan dalam ni. membebel sambil menaip, menaip sambil membebel. k benda yang sama, takyah nak ulang kang ada yang kena nanti hahaha. K street to the point, sekejap jee dah masuk bulan tiga kan? Rasanya baru semalam kita semua wish Happy New Year pada dunia en. Ceh pada dunia, ayat kemain. Wuuuuu~ hahaha

Bila dah bulan tiga, batch95 bersedialah untuk amik result. Takut? Nervous? Mestilah ada kannnnn. Aku ni berbual macam boring jee en. Hahahahaha. Sebenarnya rindu nak update blog, tapi masa ni lah taktau nak taip apa, segan mungkin dengan blog sebab lama dah tak membebel hahaha.

Macam tak sabar pun ada bila nak amik result ni, bukan sebab apa, sebab nak jumpa kawan hahahahaha. Aku rindu dengan diorang......... ghindu tangat tangat :-( firstly untuk classmate saya. Korang, kenal dylaa lagi tak? Tak kenal? K bye

Haritu dyla ada mimpi result dah keluar, semua street B satu je A seni. Then mimpi lagi semua street D satu je A seni. Terbangun terus sebut Astaghfirullah alazim banyak kali. Dah macam mimpi hantu jombieeee pulak......

Mainan tidur memang macam tu kan? Kadang-kadaang takut juga, tapi takpe kita selalu adaa Allah.

K cukup dah cerita kalini, cerita ke? Macam bebel jee memanjang kan? Hahahahaha. Btw doakan dyla dapat result yang OK eh walaupun tak cemerlang :-)

Assalamualaikum.

Friday 16 November 2012

Happy BIRTHDAY to me ♥


Bismillahirrahmannirrahim..

Alhamdulilah aku masih sempat untuk menaip entry untuk kali ini. Aku rasa kan, macam semangat je tau nak cerita pasal story kali ni.... Hahaha. Rasanya macam ada orang yang dah tahu apa yang aku nak story, diorang mesti 'menyampah' dengan aku, hehehe. K k takpe, dyla tak kisah~

Aku taktau nak start dari mana, terasa blur sekarang dan, dan, dan, dan..... K sampai sini jelah cerita kali ni. Takde yang lain lagi yang lain. Eh? Hahaha.

K aku start cerita. Betul tak tipu haha. Haritu kan, 23 oktober kan birthday aku lah kan, aku happy gila lah kan, banyak surprise lah kan, aku pun tak sangka lah kan, haha suka gila weh! Seriously. Rasa macam tak percaya pun ada, rasa mimpi pun ada. Tapi itulah kenyataannya yang Allah aturkan untuk aku. Ya Allah, aku rasa happy seribu kali sangat and tak terkata rasanya.

Memandangkan birthday aku hari selasa, memang dah kecoh ah bebudak ni masa hari isnin, kalau boleh satu kampung nak beritahu, kalau lah... Hehe. Tapi yang kelakarnya siap tulis kat papan hitam lagi "ESOK BIRTHDAY DYLA" Ha'a, aku dah kemain seram lagi kang ada esok bebudak ni bawak mende-mende yang tak elok. Alah, kalau birthday tahu jelah bahan mainan diaaa. Menipu kalau tak tahu. Tahu? Haaa.

Disebabkan esok aku sekolah, so aku silent ah handphone sebelum tidur. Sape yang wish awal tu aku reply ah, yang lambat tu petang baru aku reply. Hahaha, reply jugak kan? Aku silent sebab nanti bunyi lagu kalau message masuk. Alah, biasa ah nokia kan, lagu dia panjang sikit. Sikit jee.... Hehe. Time aku dah tidur tu mak aku ada wish, tapi balik sekolah baru baca. Haha, nak tengok? Sat...


                                                        Klik kalau nak besar.

Yang lain pun ada. Fara dengan alif semua. Esoknya hari selasa kat sekolah macam menggila, say happy birthday. Hehe takpe aku sukaa ;b Then, boleh pulak en lepas rehat diorang buat surprise? Ya Allah, jujur aku kata, masa tu taktau nak digambarkan macam mana perasaan aku, terharu sangat.


Terimakasih korang belikan kek? :')



Bayangkan, dalam kelas cikgu ada kat depan, sempat lagi potong kek haha.



No kontroversi okay -,- haha









 My classmate ;D





Time ni paling tak suka, birthday aku kan? So, rela jelaa -,-



Ini laaaaaaaaagi benci! Nak balik, semangat sarung beg, last-last kena bedak.. Haih. Sabar jelaaa haha.



                                                                Thankyou :*

Anyway, aku tak kisah pun semua tuu... Walaupun aku tak suka, ia akan menjadi kenangan manis untuk aku. Abah kata, kalau kita baik dengan orang, orang mesti akan baik dengan kita. Kenapa diorang semua belikan aku kek sebab aku baik dengan diorang kot. Wallahualam... Hati orang kita mana tahu kan. Sorry, lambat update, harini dah berapa hari bulan kan? Hahaha. Aku busy study untuk espiyemm.. Anything, I treasure all of you. Thank you for prize that all of you give. Thank you because Allah give good buddies for me. I treasure all :')

"Assalamaualaikum''.




Saturday 13 October 2012

Assalamualaikum.




 Wanita yang dahulunya tidak menutup aurat, mula mendidik diri menutup aurat, berpakaian yang longgar dan mula memperbaiki akhlak ke arah yang lebih baik.


 Wanita yang telah menutup aurat, mule melabuhkan tudung mereka supaya lebih terjaga maruahnya..mule memperbanyakkan ilmu di dalam diri dan cuba menjadi wanita yang sempurna.

 Wanita yang berpurdah pula mula mendewasakan diri dengan ilmu, iman dan perjuangan islam.. Tidak berputus asa dalam menyeru wanita-wanita lain supaya menutup aurat mereka.




MENGAPA LEBIH BAIK BERTUDUNG LABUH ATAU BERTUDUNG?


- Menutup aurat Allah cinta.

- Dapat pahala bila jaga aurat, berganda kalau ikhlas

- Nampak macam panas, bila pakai nyaman jee :)

- Nampak solehah, kadang-kadang macam ustazah.

- Bantu jaga mata lelaki, lindungi diri dari lelaki jahat.

- Nampak lebih ayu, cantik dan sopan.

- Melabuhkan tudung ikut syariat, ertinya ikut sunnah.

- Bila dah tutup dengan sempurna, boleh terus buat pakaian solat.

- Didik diri hormat diri sendiri sebelum orang lain hormat kita.

- Rambut sihat tak kena sinaran UV.

- Satu cabang dakwah, bawa manusia cinta pada islam.

- Ciri-ciri yang boleh dijadikan isteri solehah. Jodoh lancar.

- Petanda awal menjadi insan yang bertaqwa.

- Bukan nak tunjuk baik, cuma nak jadi baik :)


Terlalu indah wanita-wanita ini. Lebih dihormati dan disayangi. Terjaga dan dilindungi Allah. Mereka tahu untuk meletakkan sifat malu yang sebenarnya dalam diri dan menjaga pergaulan sesama Islam.

Wanita hiasan Dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah :)

Sunday 2 September 2012

TRIAL boleh membunuh!

gambar masa form3, masa muda-muda dulu~ Hahaha. Btw goodluck for SPM   


Hi assalamualaikum muslimin dan muslimat sekalian. Jawab salam dulu baru story dimulakan. Ecehhh, hahaha. Now berapa haribulan? *belek calendar* raya macam dah habis jekan? Macam bulan musim open house pulak -,- Hahaha pelik ni pelik. Naik je sekolah cuti raya haritu, start lah kami pelajar-pelajar form5 study dengan bersungguh-sungguh untuk trial nanti?! Ya Allah, saya rasa macam dipaksa untuk memahami difahami dan terfahami segala format, formet dan formut es pey yem.... Sangat menyeksakan...... Wuuuuuuu~

Tapi! *tampar pipi* itulah yang kita kene buat untuk tahun terakhir persekolahn kita ni. Haduuu, kenapa masa cepat sangat berlalu? Kenapa? Kenapa? *search google cari jawapan* K tak lawak pun... Hm korang semua dah ready? Dah ready nak buat yang terbaik? Hm, saya rasa saya belum, tapi saya kene tempuhinya juga. Alala ayat~

Esok, 3 haribualan 9 2012. Start lah paper yang pertama iaitu BM. Walaupun BM tu nampak macam 'senang' tapi susah bagi kami. Hahaha. Saya dah stop online facebook and twitter. Saya ntak kisah sebab mereka semua tak mungkin akan rindu saya nanti... Sob sob

Apa-apa pun saya akan doakan yang terbaik untuk saya dan kawan-kawan semua. Buat yang terbaik untuk diri kita k. Goodluck! Please pray for me too :)

Assalamualaikum wbt.

Saturday 18 August 2012

29 ramadhan 1433H

Hi, assalamualaikum dan salam 1 malaysia... Eh? Apa-apa? Semangat ah sikit, bulan merdeka ni! Hahaha. Btw, dyla nak ucap Selamat hari raya kepada semua pembaca blog dyla ni ;D Hahaha ketawa lah ketawa lah. k cukup. Sekarang jam menunjukkan 9.00PM masih sempat kan nak taip untuk entry hari raya? Eh esok pun sempat apa, minggu depan pun sempat jugak. K cukup dyla cukup.

K baju raya gua ada empat, kasut satu tu pun yang tinggi punya. Ala yang selalu model-model pakai tu, tapi tak ah tinggi sangat. Taktau ah boleh pakai ke tak sebab aku tak pandai pakai kasut tinggi ni hahaha. Sampai adik aku cakap 'berita hangit dyla superbs pakai kasut tinggi' hahaha siot kan siot kan?! K dah takyah nak pelik takyah nak ketawa, diam kalian~ Tahun nih beli tudung bawal je, senang sikit nak pakai. Lagipun, shawl aku dah banyak, taktau nak bagi sape hahaha.

Raya korang mesti best kan, dapat balik kampung jauh-jauh macam kat thailand, africa, arabia semua haha. Ooo oo oo balik kampung Ooo oo oo balik kampung Ooo oo oo balik kampung, hati girang~~ Takyah nak balik kampung sangat, rumah nenek kau kat benut je k dyla. K sedih *nangis depan tv sambil tengok cerita korea* Hahaha, padahal tak penah pun tengok cerita orang korea tu, ala yang korang selalu kata sawit tuu, eh salah sweet. Maaf peminat-peminat korea sekalian~ K rasanya macam dah tukar topik kan? *tanya mak 'kan?' *mak pun jawab kan kan. Ha k dah mula dah ;3

Ya Allah, tadi dengar takbir taktau nak cakap apa, sayu sangat bila dengar. Aku teringatkan arwah atuk aku. Korang untung kan balik kampung ada atuk dengan nenek, tapi aku dari kecik sampai besar tak penah sekali pun jumpa kedua-dua atuk aku, wajah dia macam mana pun aku taktau. ;'( Dari dulu aku teringin sangat nak jumpa dengan diorang, dalam mimpi pun takpe. Sebelum tidur aku berharap aku akan jumpa dengan atuk aku satu hari nanti. InsyaAllah

Bulan syawal semakin hampir dengan kita dan bulan ramadhan semakin jauh meninggalkan kita. Semoga kita semua akan berjumpa dengan bulan ramadhan yang penuh dengan keberkatan dan mulia ini :) Saya dyla ingin mengucapkan sekali lagi selamat hari raya maaf zahir dan batin. Minta maaf kalau ada terkasar bahasa, tersinggung hati, bercakap yang tak semena, menyombong tak bertempat ke minta maaf k. Raya jangan lupa datang rumah. Datang jee, tapi duit raya takdok tau! Hahaha.

Bila malam raya ni, banyak pulak nak membebel, kan dyla? Kaaaaaaaaaaaann! Ramainya bebudak ni sent message wish hari raya, ingat jugak diorang kat aku.. Waaahhh!!! Kombang denn u no~ Hahaha. Terimakasih korang, yang wish kat facebook and twitter tu terimakasih tau. Wish anda sangat dihargai.. Hehehe. Alhamdulilah dikurniakan kawan yang ingat kat kita kan. Terimakasih Allah :) Btw, aku rasa entry aku dah panjang sangat ni, *scroll* eh panjangnyaaa! Ha'a laaaaah! K tipu, itu hanya dusta semata-mata. Hahaha. K dah malam raya yang indah lagi murni ni aku nak p main mercun! Eh salah bunga api! salah lagi! Mercun pop-pop. Haa tu lagi baguih. Haha

Kbai assalamualaikum w.b.t




Saturday 11 August 2012

Sekadar pesanan :)

Assalamualaikum w.b.t umat-umat islam sekalian.
Ini pesanan nasihat dan peringatan kepada semua blogger, pengguna facebook, laman-laman sosial dan semua pengguna internet.


Sebenarnya, dah lama aku perhatikan, kita kini semakin leka dengan duniawi dan dunia laman sosial. Terutamanya facebook. Boleh dikatakan sebahagian besar daripada penduduk bumi ada facebook lah kan. Tapi kita sepatutnya ingat, bukan semua gambar yang kita suka, perlu kita like atau share di facebook.

Sebenarnya, kita dalam keadaan sedar ataupun tidak, kita sering melakukan dosa free... Malah kadangkala ianya berpanjangan. Apalah salah kiranya kita menggantikan semua itu kepada pahala. Tambahan pula pahala yang berpanjangan. Sedarlah, dunia internet terutamanya blog, facebook dan semua laman sosial tiada hari cuti operasi nya.

Memanglah dosa dan pahala itu urusan Allah, tapi kita dikurniakan akal fikiran dan dapat membezakan yang mana baik dan yang mana buruk. Semestinya kita dapat fikir secara logik kesan atas segala perbuatan yang kita lakukan. Aku hanya ingin mengajak sama-sama kita fikir. contohnya : 

1) Kalau diikutkan hati, semua gambar yang kita suka mesti kita nak like kan, taip sedarkah kita jika kita like gambar seorang wanita yang cantik tetapi tidak bertudung contohnya... Tidakkah kita seperti memberi sokongn terhadap pendedahan aurat wanita itu? Tidakkah ia menyebabkan wanita itu berasa dirinya cantik jika berkeadaan demikian? Lantas wanita itu terus berpenampilan seperti itu. Mengapa tidak kita tegur?

2) Kalau kita upload atau share gambar yang terdedah auratnya tak kisah lah kat facebook ke blog ke memane ke, sekalipun bukan gambar kita mahupun non-muslim agak-agak kita dapat dosa tak? Sedangkan kita perlu jaga aurat sekalipun dihadapan non-muslim.

3) Jika kita upload gambar kita tak menutup aurat, sedarkah kita semua itu terdedah kepada mata-mata orang lain setiap detik walaupun tanpa pengetahuan kita? Ketahuilah mata-mata yang melihat itu akan menjadi saksi di akhirat kelak.

4) Andainya gambar yang diupload atau di share boleh menaikkan nafsu syahwat orang lain yang melihat, adakah saham dosa kita sebagai tukang upload atau tukang share? Sekalipun ianya gambar org lain.

5) Sedarkah kita, bahawa gambar-gambar yang kita upload atau share itu mungkin mengaibkan seseorang? Walaupun gambar tersebut lawak, menarik, pelik atau apa-apa yang ingin kita kongsi.

6) Sedarkah kita, gambar-gambar yang kita share atau upload mungkin mendatangkan fitnah?

7) Gambar orang berbuat dosa terang-terangan, bergambar berpegangan tangan walaupun belum bernikah contohnya. Perlukah kita like? Tidakkah kita seperti menunjukkan sokongn seandainya kita like gambar tersebut? Lebih-lebih pulak kalau kita sendiri yang berbuat demikian. Sudahlah berbuat dosa, dipamer kat orang.

8) Like sahaja sudah menunjukkan sokongn kita, bagaimana pula jika kita komen yang indah-indah, kata-kata semangat dan pujian-pujian terhadap gambar-gambar berkaitan yang telah disebut diatas? Mengapa tidak kita tegur?

9) Cuba bayangkan jika semua yang telah disebutkan diatas itu, kita bukan sahaja upload, kita tag kat orang pulak. Tu satu hal, kalau ada yang share dari kita?

10) Bagaimana pula jika apa yang kita upload atau share itu di copy, di download oleh insan lain dan mereka pula upload pada blog ataupun facebook mereka?

Setakat ini sahaja nukilan kali ini, mungkin ada lagi. Tapi kita fikir-fikirkanlah sendiri. Tanggungjawab kita adalah menegur, jika kita yang berbuat demikian. Sepatutnya kita elakkan lah. Bila-bila sahaja kita boleh menemui ajal. Seandainya tidak sempat untuk kita mengambil tindakan sewajarnya, ingatlah, dunia internet tiada hari cuti. kalau ada gambar kita terdedah auratnya, takkan nak biar dosa mengalir sentiasa kot. Inilah antara hikmah penutupan aurat dan menjauhi tabarruj.

Apalah salahnya jika kita upload, like, komen, ataupun share gambar-gambar yang membawa manfaat. Contohnya, gambar yang di edit dan ditulis hadis-hadis nabi contohnya, kata-kata nasihat ke ayat-ayat al-quran, Teguran-teguran,.. Kalau letak ayat al-quran contohnya, kalau org lain membacanya? agak-agak kita dapat pahala tak?

Ingatlah, dunia ni hanya persinggahan yang sementara. Kehidupan di dunia menjamin kehidupan di akhirat. Sediakanlah bekalan secukupnya sementara masa masih ada.
Setakat ini sahaja. Selain mengambil iktibar, menegur diri sendiri dan orang lain juga menjadi tanggungjawab kita. Harap yang dah baca ni, dapat menyampaikan kepada yang lain..

*Dyla terbaca nukilan ni tadi, dan dyla nak share kat korang semua. Biar pun ia nampak macam boring nak baca, tapi kalau kita fahami dan ikut kan dah dapat pahala kan? Tak sia-sia. Dyla tahu, tak ramai nak baca entry pepanjang macam nih kan, tapi terpulang pada korang. Bukan mulut saya, bukan hati saya tapi korang. Kaaaaaaaaan? Hehehe.

Kbhai assalamualaikum w.b.t x)