Saturday, 11 August 2012

Sekadar pesanan :)

Assalamualaikum w.b.t umat-umat islam sekalian.
Ini pesanan nasihat dan peringatan kepada semua blogger, pengguna facebook, laman-laman sosial dan semua pengguna internet.


Sebenarnya, dah lama aku perhatikan, kita kini semakin leka dengan duniawi dan dunia laman sosial. Terutamanya facebook. Boleh dikatakan sebahagian besar daripada penduduk bumi ada facebook lah kan. Tapi kita sepatutnya ingat, bukan semua gambar yang kita suka, perlu kita like atau share di facebook.

Sebenarnya, kita dalam keadaan sedar ataupun tidak, kita sering melakukan dosa free... Malah kadangkala ianya berpanjangan. Apalah salah kiranya kita menggantikan semua itu kepada pahala. Tambahan pula pahala yang berpanjangan. Sedarlah, dunia internet terutamanya blog, facebook dan semua laman sosial tiada hari cuti operasi nya.

Memanglah dosa dan pahala itu urusan Allah, tapi kita dikurniakan akal fikiran dan dapat membezakan yang mana baik dan yang mana buruk. Semestinya kita dapat fikir secara logik kesan atas segala perbuatan yang kita lakukan. Aku hanya ingin mengajak sama-sama kita fikir. contohnya : 

1) Kalau diikutkan hati, semua gambar yang kita suka mesti kita nak like kan, taip sedarkah kita jika kita like gambar seorang wanita yang cantik tetapi tidak bertudung contohnya... Tidakkah kita seperti memberi sokongn terhadap pendedahan aurat wanita itu? Tidakkah ia menyebabkan wanita itu berasa dirinya cantik jika berkeadaan demikian? Lantas wanita itu terus berpenampilan seperti itu. Mengapa tidak kita tegur?

2) Kalau kita upload atau share gambar yang terdedah auratnya tak kisah lah kat facebook ke blog ke memane ke, sekalipun bukan gambar kita mahupun non-muslim agak-agak kita dapat dosa tak? Sedangkan kita perlu jaga aurat sekalipun dihadapan non-muslim.

3) Jika kita upload gambar kita tak menutup aurat, sedarkah kita semua itu terdedah kepada mata-mata orang lain setiap detik walaupun tanpa pengetahuan kita? Ketahuilah mata-mata yang melihat itu akan menjadi saksi di akhirat kelak.

4) Andainya gambar yang diupload atau di share boleh menaikkan nafsu syahwat orang lain yang melihat, adakah saham dosa kita sebagai tukang upload atau tukang share? Sekalipun ianya gambar org lain.

5) Sedarkah kita, bahawa gambar-gambar yang kita upload atau share itu mungkin mengaibkan seseorang? Walaupun gambar tersebut lawak, menarik, pelik atau apa-apa yang ingin kita kongsi.

6) Sedarkah kita, gambar-gambar yang kita share atau upload mungkin mendatangkan fitnah?

7) Gambar orang berbuat dosa terang-terangan, bergambar berpegangan tangan walaupun belum bernikah contohnya. Perlukah kita like? Tidakkah kita seperti menunjukkan sokongn seandainya kita like gambar tersebut? Lebih-lebih pulak kalau kita sendiri yang berbuat demikian. Sudahlah berbuat dosa, dipamer kat orang.

8) Like sahaja sudah menunjukkan sokongn kita, bagaimana pula jika kita komen yang indah-indah, kata-kata semangat dan pujian-pujian terhadap gambar-gambar berkaitan yang telah disebut diatas? Mengapa tidak kita tegur?

9) Cuba bayangkan jika semua yang telah disebutkan diatas itu, kita bukan sahaja upload, kita tag kat orang pulak. Tu satu hal, kalau ada yang share dari kita?

10) Bagaimana pula jika apa yang kita upload atau share itu di copy, di download oleh insan lain dan mereka pula upload pada blog ataupun facebook mereka?

Setakat ini sahaja nukilan kali ini, mungkin ada lagi. Tapi kita fikir-fikirkanlah sendiri. Tanggungjawab kita adalah menegur, jika kita yang berbuat demikian. Sepatutnya kita elakkan lah. Bila-bila sahaja kita boleh menemui ajal. Seandainya tidak sempat untuk kita mengambil tindakan sewajarnya, ingatlah, dunia internet tiada hari cuti. kalau ada gambar kita terdedah auratnya, takkan nak biar dosa mengalir sentiasa kot. Inilah antara hikmah penutupan aurat dan menjauhi tabarruj.

Apalah salahnya jika kita upload, like, komen, ataupun share gambar-gambar yang membawa manfaat. Contohnya, gambar yang di edit dan ditulis hadis-hadis nabi contohnya, kata-kata nasihat ke ayat-ayat al-quran, Teguran-teguran,.. Kalau letak ayat al-quran contohnya, kalau org lain membacanya? agak-agak kita dapat pahala tak?

Ingatlah, dunia ni hanya persinggahan yang sementara. Kehidupan di dunia menjamin kehidupan di akhirat. Sediakanlah bekalan secukupnya sementara masa masih ada.
Setakat ini sahaja. Selain mengambil iktibar, menegur diri sendiri dan orang lain juga menjadi tanggungjawab kita. Harap yang dah baca ni, dapat menyampaikan kepada yang lain..

*Dyla terbaca nukilan ni tadi, dan dyla nak share kat korang semua. Biar pun ia nampak macam boring nak baca, tapi kalau kita fahami dan ikut kan dah dapat pahala kan? Tak sia-sia. Dyla tahu, tak ramai nak baca entry pepanjang macam nih kan, tapi terpulang pada korang. Bukan mulut saya, bukan hati saya tapi korang. Kaaaaaaaaan? Hehehe.

Kbhai assalamualaikum w.b.t x)

No comments:

Post a Comment